isteri xde hidung selepas suami gigit kerana tak jawab panggilan


Suami Gigit hidung isteri kerana tak jawab panggilan telefon – Seorang lelaki bertindak kejam dengan mengigit serta memakan hidung isterinya hanya kerana wanita itu tidak menjawab panggilan telefonnya.



Lelaki yang identitinya tidak dikenali itu sering bertengkar dan pasangan itu tinggal secara berasingan di Denhou, menurut laporan media tempatan.

Wanita itu mendakwa, suaminya itu menelefon pada awal pagi.

Dia langsung tidak menyedari panggilan telefon suaminya itu kerana keletihan selepas bekerja pada shif malam sebelum itu.

Memetik laporan chinajilin.com, lelaki itu kemudian pergi ke rumah isterinya pada keesokan hari dan belaku pertengkaran dan lelaki itu kemudiaanya bertindak mengigit hidung isterinya sehingga menyebabkan sebahagian hidung wanita itu terputus.

0 Response to "isteri xde hidung selepas suami gigit kerana tak jawab panggilan"

Post a Comment