POLIS BBERKAS PENGANGGUR 'MEWAH' YANG MEMPUNYAI BANYAK REKOD LAMPAU
Polis Melaka berjaya menahan seorang penganggur yang mampu memakai sebuah kereta mewah jenis BMW 3 series yang didaftarkan atas namanya sendiri atas kesalahan memecah masuk sebuah kedai di Melaka.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, polis yang sudah mengintip perbuatannya sejak mendapat maklumat turut berjaya merampas semula barang kemas tiruan yang bernilai hampir RM1000.
Hasil semakan mendapati suspek turut memperolehi beberapa rekod lampau dalam kegiatan jenayah narkotik dan pecah rumah.
Suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.
Sumber: Kosmo

0 Response to " POLIS BBERKAS PENGANGGUR 'MEWAH' YANG MEMPUNYAI BANYAK REKOD LAMPAU"
Post a Comment