Pada 19.9.2015 aku balik kampung hantar wife kereta terpaksa tinggal di kampung wife nak guna sebelum tu call mak tolong belikan tiket balik ke KL pada 20.9.2015 hari Ahad tak sangka pula boleh beli tiket Bas Transnasional seumur hidup aku memang tak pernah naik bas jenis ni biasa naik starmart jer balik ke kl tapi ini first time naik transnasional
mak beli tiket bas pukul 9 malam pukul 8.30mlm aku bertolak ke terminal Kamunting Raya sampai dalm pukul 8.45mlm tengok kat situ 1 poster tulisan kecil bas sampai agak lewat mybe dalm pukul 10. lebih kerana ada kemalangan di Terowong Ipoh ok tak mengapalah dah ada kemalangan aku pun stilllah..
Tengok macam2 bas dari KL tiba ke Kamunting bas Kosontium,starmart smpai n then turun seorang awek ni aku tanya la dari mana bas ni dia kata dari KL aku pelik la x jem ke kat terowong ipoh kan ada kemalangan? dia cakap dah ok x de ape2 dah dh clear lama dh ooooo habis di mana bas Transnasional?
Kemudian ada mamat tepi aku ni sampuk dia kata sebenarnya Bas yang aku nak naik ni pergi ambik orang kuala Kangsar Dulu baru datang ke Kamunting Raya Then dia bagi Alasan jalan Jem la apa la... ooo aku tanya dia tahu mana coz dia kata dh 2 kali terkena cmni ari tu dia dgr sendiri perbualan telefon driver bas kata jalan jem tapi pergi ambik orang kat kuala kangsar pastu bawa bas slow sangat .
dia kata sebelum ni sama gak beli tiket pukul 9 mlm lepas tu bas sampai pukul 11 mlm kat kamunting raya rupanya aaminn driver td pergi ambik orang kat kuala kangsar dulu dh penuh baru bertolak ke kamunting memang lama la tunggu
Aku lagi la hangin... dah la esok kerja start 8am pastu kat kaunter bas dari pukul 8 lebih orang jaga kaunter x de hilang menyorok. Apa yg mamat sebelah aku kata driver bas nama Aminn badan gempal2 ala2 mamak sikit memang cmni kalau abg tak percaya tengok nanti dalam bas mesti orang ramai coz dia ambik orang kat kuala kangsar dulu
Tunggu punya tunggu pukul 10 : 57 mlm baru bas sampai memang sah aku tengok dah ada orang dalam bas tersebut memang betul apa yang mamat ni kata jadi aku just nak nasihat sesiapa nak balik kl dari Kamunting jangan la beli tiket bas Transnasional jam 9 mlm nanti menyesal tak habis memang Transnasional kat sini dasar penipu
Kalau dah x boleh jalan pukul 9 mlm bek jgn jual tiket pukul 9 mlm bek jual tiket pukul 11 mlm mungkin korang ckp ala biasala tu.. senang la ckp x kena kat batang idung sendiri try benda ni berlaku kat korang or mak ayah korang apa rasa??? jadi kpd pengurusan Transnasional tolong ambil tindakan isu ini sebagai korang tengok sendiri gmbr2 yang aku ambik org jaga kaunter hilang time pukul 8 lebih sampai 11mlm tiba2 bas transnasional sampai tgk dia dh ada plak kat kaunter
Kaunter tiada Orang ketika Bas belum Sampai menyorok mana ntahla..
Satu salinan ditinggalkan depan Kaunter mengatakan Bas lambat sampai ada kemalangan yes .. betul tapi kalau nk menipu pun tengok sama knpa bas dri Konsotium dan Starmart dari KL boleh sampai Awal
Tiket yang aku beli jam 9 malam terpaksa tunggu 2 jam
angkara servis Jilake ni
Ketibaan Bas pada Jam 10:58 Mlm di Kamunting Raya
Tadi orang Jaga Kaunter Hilang Tiba2 bas Sampai ada pula
selama 2 jam lebih dia menyorok kat mana?
jadi hak aku sekadar berkongsi korang nak percaya or tak terpulang tapi nilah pengalaman hitam aku naik bas ni biarlah ni kali pertama n terakhir aku naik bas Transnasional
selama 2 jam lebih dia menyorok kat mana?
0 Response to "Servis Perkhidmatan Bas Transnasional Macam Jilake"
Post a Comment