KEJADIAN CULIK ANAK SEMAKIN MENJADI-JADI
KEJADIAN CULIK ANAK SEMAKIN MENJADI-JADI
Beberapa hari lepas, kerabat pengasas RPWP memaklumkan kes cubaan menculik anaknya dan mengirim imej lapuran polis seperti di gambar hiasan. Anak beliau sempat di selamatkan namun berpesan agar kami lebih berhati-hati. Kami ambil iktibar demi keselamatan anak-anak jagaan kami.
Hampir saban hari ada sahaja berita seumpama ini lalu di timeline FB dan group media sosial kita. Tidak dinafikan ada juga yang suka menokok tambah dan mengada-adakan cerita, namun banyak kes kehilangan 'sebenar' yang telah dilapurkan selama ini yang masih belum dijumpai semula. Itu yang amat merisaukan kita.
Pagi ini dikongsikan lagi kes cubaan culik yang serupa. Biar apapun alasan dan tujuan penculikannya, situasi ini benar-benar menuntut perhatian serius para ibubapa dalam memastikan keselamatan anak mereka.
Pesan-pesan
WARGA PRIHATIN
*****************************************************
DARI WA GROUP PASTI BANDAR BARU BANGI
(Dipermudahkan penulisannya)
Assalamualaikum ustazah. Minta tengokkan Dina ya!. Dia masih trauma kes semalam. Dia hampir nak di culik. Mujur ummi cepat dapatkan dia .. sudah di himpit semalam di Petronas berhampiran Masjid Hasanah, Bangi.
Di Petronas itu kami nak ke tandas. Masa itu sudah terasa tak sedap hati bila ternampak 3 lelaki dan 2 lagi lelaki menunggu dalam van. Dia asyik tengok kami kereta kami sebab tiada lelaki bersama kami.
Nampak dia buat call.. Tiba-tiba van Mercedes putih itu hidupkan enjin. Pintu blakang sudah dibuka. Waktu Dina baru nak turun dari kereta, Lelaki yang bertatu dan muka macam Siam meluru ke kereta . Dina sudah di himpit. Mujur sempat saya tarik. .
Makin menjadi-jadi kes culik sekarang ni. Pemandu wanita kena lebih berhati-hati. Terutama ibu-ibu yang drive hanya ditemani oleh anak-anak saja.
0 Response to " KEJADIAN CULIK ANAK SEMAKIN MENJADI-JADI"
Post a Comment