seorang lelaki ditemui dalam hutan badannya penuh dengan semut



Alor Gajah: Selepas hilang hampir 30 jam, lelaki Orang Asli ditemui dalam keadaan tidak bermaya dan badan dihurung semut oleh pasukan penyelamat di puncak bukit berhampiran Kampung Orang Asli Bukit Payung, Tabuh Naning, di sini, petang kelmarin.

Bujen Sulak, 70, sebelum itu keluar dari rumahnya seorang diri dengan menunggang motosikal jam 12 tengah hari Jumaat lalu, menuju ke bukit berkenaan untuk mencari petai.

Selepas dilaporkan hilang, dia ditemui dalam keadaan lemah jam 4 petang kelmarin oleh pasukan penyelamat sebelum dikejarkan ke Hospital Alor Gajah (HAG).

“Pada hari kejadian, mangsa tidak pulang ke rumah hingga tengah hari menyebabkan anak lelakinya risau dan meminta bantuan penduduk mencari bapanya sebelum menemui motosikal warga emas itu disandar pada pokok berhampiran bukit berkenaan,” katanya.

Menurutnya, anak mangsa membuat laporan di Balai Polis Simpang Ampat, petang kelmarin sebelum pihak berkuasa melancarkan gerakan mengesan warga emas itu.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah Zulkifli Musa berkata, operasi mengesan mangsa dimulakan jam 1.48 petang kelmarin membabitkan bantuan pegawai serta anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Alor Gajah, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan penduduk kampung.

0 Response to "seorang lelaki ditemui dalam hutan badannya penuh dengan semut"

Post a Comment