akibat muak dengar bebelan nenek cucu bertindak menetak kepala dengan parang




KUALA TERENGGANU - Seorang cucu bertindak menetak tengkuk dan leher neneknya sehingga maut, kelmarin, direman tujuh hari untuk siasatan lanjut.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Abdul Hayyi Salim terhadap suspek, 33, bermula semalam sehingga 14 September ini.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh memperuntukkan hukuman mati, jika disabitkan kesalahan.

Suspek yang memakai baju lokap berwarna oren kelihatan sugul ketika dibawa masuk ke dalam kamar Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini, semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Nenek maut ditetak cucu dengan parang]

Dalam kejadian di Kampung Surau Haji Daud, Pengadang Buluh, Chendering di sini, kelmarin, mangsa, Halimah Taib, 78, ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh jirannya kira-kira jam 9.50 pagi, yang kemudiannya terus menghubungi Balai Polis Chendering.

Siasatan awal polis mendapati, suspek mendakwa menetak tengkuk dan leher neneknya menggunakan sebilah parang pendek sehingga maut, kerana tidak tahan mendengar bebelan warga emas tersebut.

Pemeriksaan awal mendapati, terdapat tiga kesan tetakan iaitu dua di leher kanan dan satu di tengkuk belakang mangsa.

0 Response to "akibat muak dengar bebelan nenek cucu bertindak menetak kepala dengan parang "

Post a Comment