Rakyat Malaysia Wajib TAHU!! Inilah Harga Yang Perlu Anda Bayar Jika MYKAD Anda Hilang Berkuat Kuasa 15 Oktober

PUTRAJAYA – Orang ramai yang mahu menggantikan kad pengenalan (MyKad) hilang buat kali ketiga akibat kecuaian sendiri akan dikenakan bayaran sebanyak RM1,000 berkuat kuasa 15 Oktober ini berbanding cuma RM300 sebelum ini.

Bagi kehilangan MyKad buat kali kedua pula caj dinaikkan dari RM200 kepada RM300 tetapi bayaran yang dikenakan bagi menggantikan MyKad untuk kehilangan pertama kad pengenalan kekal pada kadar RM100.

Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Dasar Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Sri Adenan Ab. Rahman berkata, langkah itu dibuat bagi memperketatkan prosedur permohonan gantian MyKad yang hilang.

“Berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kadar kehilangan kad pengenalan disebabkan oleh kecuaian individu daripada tahun 2010 hingga September 2015 adalah sebanyak 1,356,135 kes.

0 Response to "Rakyat Malaysia Wajib TAHU!! Inilah Harga Yang Perlu Anda Bayar Jika MYKAD Anda Hilang Berkuat Kuasa 15 Oktober"

Post a Comment