tuduhan mengugut mahu memotong alat sul1t suami rakannya,
KUALA LUMPUR – Seorang pengurus jualan sebuah hotel mengaku tidak bersalah hari ini atas tuduhan mengugut mahu memotong alat sulit suami rakannya, September lepas.
How Huat Kim, 32, didakwa menghantar sistem pesanan ringkas ugutan itu ke telefon bimbit Phua Choo Hua, 35, ketika wanita itu berada di pejabatnya di sebuah hotel di Jalan Walter Grenier di sini pada 6.30 petang, 29 Sept lepas.
Lelaki itu didakwa di Mahkamah Majistret mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Ketika rayuan, peguam Zaidi Othman memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan RM5,000 yang dicadangkan Timbalan Pendakwa Raya Najwa Bistamam.
Majistret Erry Shahriman Nor Aripin membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 berserta syarat tambahan iaitu tertuduh dilarang menghampiri dan mengganggu Phua dan suaminya.
Mahkamah menetapkan 9 Nov untuk sebutan kes. – BERNAMA
0 Response to " tuduhan mengugut mahu memotong alat sul1t suami rakannya,"
Post a Comment