guru cantik m3lakukan hubungan s3ks dengan murid 50 kali....terima hukuman




Seorang guru cantik, Caroline Berriman, 30 dijatuhkan hukuman dua tahun penjara kerana melakukan hubungan seks dengan pelajarnya yang masih berusia 15 tahun.

Caroline adalah salah seorang tenaga pengajar di sebuah sekolah di Chadderton, Oldham, England. Beliau mengaku melakukan hubungan seks lebih daripada 50 kali hingga hamil.

Caroline ditahan pada Julai lalu, namun kesnya ditunda kerana beliau tidak sihat.

Minggu ini beliau didakwa atas dua pertuduhan, iaitu melakukan aktiviti seksual dengan individu bawah umur dan ekspoitasi seksual.

Namun begitu, hukuman dua tahun itu tidak dilaksanankan, tetapi diganti dengan hukuman bekerja tanpa dibayar selama 250 jam dan membayar denda kepada mangsa.

Kes bermula ketika Caroline bekerja sebagai pembantu guru di sekolah Komuniti Abraham Moss di Crumpsall, Manchester.

Dari situ, beliau berkenalan dengan mangsa, dan mula menjalinkan hubungan sulit mereka. Hubungan mereka bertambah intim hingga melakukan hubungan seks berpuluh kali.

Caroline juga memperkenalkan anaknya yang berusia 2 tahun kepada mangsa dengan panggilan 'Ayah'.

Perkara tersebut terbongkar apabila Caroline mengaku dirinya hamil. "Perkara tersebut benar-benar menghantui hidup saya dan saya ketakutan," kata mangsa.

Akhirnya, mangsa mengadu kepada keluarganya. Ibu mangsa memarahi beliau dan meminta beliau memutuskan hubungan mereka atau perkara ini dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Entah bagaimana, kes ini akhirnya terbongkar dan akhirnya disiasat polis. Caroline telah ditangkap dengan tuduhan pelecehan seksual dan eksploitasi individu di bawah umur lapor Mirror.












0 Response to "guru cantik m3lakukan hubungan s3ks dengan murid 50 kali....terima hukuman"

Post a Comment